Assalamualaikum.
pada,16/11/09 yang lepas, KeRex telah pun menganjurkan satu kursus asas climbing di kompleks sukan Kg pandan selama 4 hari. Seramai 29 orang peserta dimana 11 orang peserta dari luar.
Sepanjang program itu, para peserta telah diberikan taklimat dan teori pada hari pertama.Hari-hari berikutnya telah diadakan latihan di Gua Damai dan ujian bagi level 1 dan level 2. semua peserta berjaya melepasi level 1 tetapi tidak level 2.
walaubagaimanapun, setinggi-tinggi tahniah buat para peserta yang berjaya kerana tidak semua orang mampu melakukan seperti anda. anggaplah ini permulaan buat anda untuk terus bergiat dalam aktiviti ini.
Namun begitu, diharapkan pada masa akan datang akan ada peserta yang mampu untuk melepasi level 2.
Diharap juga sebarang masalah yang terjadi pada program ini dijadikan ikhtibar buat semua.