Monday, 30 December 2013

ANNUAL GRAND MEETING KeReX 2013

Pada 28 December yang lepas, KeReX telah berjaya dengan jayanya menganjurkan satu majlis makan-makan ayam bakar dengan ahli-ahli mereka. Tujuan majlis ini diadakan untuk meraikan majlis AGM yang wajib tiap tahun dilakukan. Ini adalah untuk melantik AMT baru untuk tahun berikutnya. Senang cakap, majlis untuk Presiden lama serah takhta kepada Presiden Baru. Tema kali ini, Kampung Style.


haa, ni lah poster AGM kali nie. Gerek seyh!

Kembali ke jalan yang benar, sebelum diishtiharkan pemimpin-pemimpin KeReX yang baru, jutaan terima kasih kepada AJK-AJK yang terlibat, tetamu-tetamu yang hadir dan semuanya lah. Tahun depan makan benda lain lah pulak. Asyik ayam je. Try pelanduk ke, kambing golek ke, kijang ke pulak kan?? 

Baiklah, masa yang dinanti-nantikan, siapakah AMT 2013/2014? Jeng jeng jeng . .




Naib Presiden 1 :AliaFarhana MohdAdnan


Naib presiden 2 :Aizad Safwan




Bendahari : Siti Fairuz


Logistik Aireen Ahmad 


Media dan publisiti : Ridzuan Zulkiffli


Climbing :Amin


Hiking : Cokek


Frisbee : Daryl Yeoh 


MTB : Tok Mal


Paintball :Erwan Radzi


Tahniah kepada semua. Semoga amanah yang diberikan ini akan dilaksanakan sebaik mungkin. Semoga KeReX akan terus mengharumkan nama UTeM di mata penggiat rekreasi Malaysia dan luar negara. InsyaAllah.

tara, nie gambar masa habis program nie
Nota kaki : Semua gambar diperolehi daripada laman MukaBuku mereka. Klik pada nama mereka kalau berkenan nak berkenalan ke.. Chaiyyok guys! Okay. Bye-bye. Jumpa entri berikutnya. Waa, 2014 nak datang dah.


Thursday, 28 November 2013

Pemerintahan baru 2013/2014

Assalamualaikum. Wahh, berhabuk dan bersarang labah-labah sudah blog ini. Tak mengapa, apabila sudah jatuh ke tangan kami ( pemerintah baru 2013/2014 ) kami semua akan berusaha menghidupkan semula blog ini. *Macam gila kuasa pula kan? Apa-apa pun, salam perkenalan dari kami, KeReX Batch 06 Alpha. Korang tengok kan, header blog ni pun dah berubah. InsyaAllah, akan terus berubah dan semakin maju.

Mula-mula, kami perasan, setiap kali AMT baru naik semua cakap 'taknak bagi berhabuk blog nie'. Yes! Tapi insyaAllah jangan risau, kami akan terus berusaha menceriakan balik blog ini. Mari hidupkan kembali kegemilangan blogger-blogger tegar Malaysia. :) Terover disitu.

Baiklah, di entri yang akan menyusul selepas ini,kita mulakan dengan carta organisasi AMT 2013/2014. Kemudian diikuti aktiviti KeReX sepanjang 2013, dan beberapa lagi entri yang HARUS korang baca. Entri nie sebagai pengenalan. Jumpa lagi di entri akan datang.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...